Translate

Friday, February 13, 2009

DINGIN

Dingin malam yang menyelubungi
Hening sayu dalam hati
Berbicara bersendirian

Ku rasa resah
Selama dibuai rindu
Pada cinta yang terlalu
Terpendam di dalam hayalan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Ku tawan cinta yang sama

(Korus)
Dinginnya getaran asmara
Sentuhan mula bermadah
Ku tak bisa juarai
Jiwa yang ku tak punya
Dinginnya bila kau berkata
Ruang buat ku tiada
Memoriku gengamilah
Biarkan aku beralah

Dalam hatiku tiada dendam
Walau impian semalam
Masih mekar dalam ingatan
Kan ku leraikan impian indah
Kepadanya ku berserah
Mungkin tak daya
Tawan cinta yang sama

Wednesday, February 11, 2009

Karangan sadis yg buat ofis ku jdi x siuman hehehe

Karangan Terbaik UPSR 2007Karangan budak darjah 4
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

hahahahaha

Misteri mumia menjerit













MUMIA Menjerit yang dipercayai Putera Pentewere.
Mayat dengan wajah berkerut, mulut terbuka seolah-olah menjerit kesakitan bingungkan penyelidik sejak 130 tahun lalu SEJARAH Mesir purba sememangnya sinonim dengan kewujudan piramid dan firaun. Penyelidikan berterusan yang dijalankan ahli pakar arkeologi negara itu berjaya membongkar pelbagai kisah dalam sejarah keagungan Mesir purba yang mengagumkan. Ahli sejarah Mesir juga tidak ketinggalan menjalankan pelbagai kajian firaun bagi mencari jawapan kepada pelbagai misteri yang wujud di sebalik setiap mumia yang ditemui.

Satu daripada kajian terbaru dijalankan ke atas mumia yang ditemui pada 1881 dan kini ditempatkan di Muzium Mesir di Kaherah berjaya membantu sekumpulan ahli kaji purba menghimpun sebuah kisah cubaan membunuh, komplot menjatuhkan raja dan bunuh diri. Analisis mendapati Mumia Mesir yang ditemui dengan wajah yang membayangkan kesakitan amat sangat itu dipercayai mumia Putera Pentewere, suspek yang disyaki merancang pembunuhan ayahandanya, Firaun Ramses III. Mumia berkenaan dikenali sebagai 'Mumia Menjerit' dan 'Lelaki E Yang Tidak Diketahui' berikutan rahangnya yang terbuka luas dan wajah kesakitan yang ditunjukkan, membingungkan penyelidik sejak ia ditemui kali pertama dan hinggalah selepas hampir 130 tahun berlalu.
KUIL Firaun Ramses III di Medinet Habu.



"Kami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan ke atas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cuba menyelamatkannya," kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yang menjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini. Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer ke selatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayat hati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlalu ketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerut dan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amat sangat. Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teori mengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaan mungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Putera yang dikenali dengan nama Hitite dan hidup pada zaman Firaun Tutankhamen. 'Mumia Menjerit' itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan.
MUZIUM Kaherah menempatkan mumia.


“Mereka tidak akan memumiakan putera itu jika mereka membunuhnya, sebaliknya mereka akan menghapuskan mayatnya," kata Brier, sambil menambah teori bahawa putera itu diracun atau dipaksa meminum racun tidak ditolak. Satu dokumen papirus yang ditemui menceritakan mengenai satu perbicaraan ke atas permaisuri Firaun Ramses III, yang dijalankan pada abad ke 12 Sebelum Masihi (SM). Beliau didakwa bersubahat membunuh suaminya untuk digantikan dengan Putera Pentewere. Komplot itu bagaimanapun segera dibongkar dan mereka yang bertanggungjawab dijatuhi hukuman mati. Putera Pentewere terlepas hukuman mati berikutan kedudukannya sebagai putera raja, sebaliknya beliau dibenarkan membunuh diri dengan meminum racun. Keadaan Mumia Menjerit menunjukkan kematian berlaku secara tidak hormat dan ia mungkin membayangkan bentuk hukuman yang diterima Pentewere, jika kisah konspirasi itu benar. "Kami menemui mumia ini dibalut dengan kulit kambing. Bagi orang Mesir purba, kulit kambing bermakna beliau tidak suci. Beliau melakukan sesuatu yang jahat di dalam hidupnya," kata Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir Dr Zahi Hawass. “Pentewere mungkin dijatuhi hukuman mati dengan disuruh meminum racun selepas komplot pembunuhan itu berjaya dibongkar,” kata Hawass dan Brier. Mumia Menjerit juga ditemui tanpa tanda makam dan ini akan menghalangnya daripada sampai kepada kehidupan selepas mati, dipercayai satu lagi hukuman tambahan kepadanya kerana bersubahat dalam cubaan membunuh bapanya sendiri. Bagaimanapun, Brier berpendapat Pentewere mungkin dimumiakan secara tergesa-gesa kerana otak dan organ dalamannya tidak dikeluarkan, malah mayatnya juga tidak cukup kering. Selain itu kaedah yang digunakan untuk memumiakannya juga amat kasar. "Selepas otak dikeluarkan, damar akan dimasukkan ke dalam rongga tengkorak, tetapi dalam kes Mumia Menjerit, kajian menunjukkan damar tidak dituangkan ke dalam tenggoroknya. Ia seolah-olah menunjukkan kerja memumiakan Pentewere dilakukan separuh hati atau kerana terdesak," katanya. Persoalan timbul mengenai kenapa mayat Pentewere tidak dibuang begitu saja tanpa dimumiakan? "Seseorang yang berpengaruh mungkin bersimpati dan mahu mayat Pentewere dimumiakan dan tidak dihapuskan begitu saja. “Atas sebab tertentu, ada pihak yang mahu memastikan Pentewere tidak menemui kehidupan selepas mati dan satu pihak lagi, seseorang yang bersimpati terhadapnya, menentang cubaan itu," katanya. Sementara itu, sekumpulan ahli arkeologi lain berkata anggapan Mumia Menjerit adalah Putera Pentewere masih satu spekulasi dan setakat ini hanya ujian imbasan dijalankan ke atas mumianya. Hawass berkata, beliau bercadang menjalankan ujian DNA untuk mengesahkan hubungan Mumia Menjerit dengan Ramses III.




~Berita Harian~