Translate

Tuesday, May 12, 2009

Lubuk Virus - BH

Selsema babi dijangka cetuskan semula wabak yang berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 serta menyebabkan jutaan penduduk dunia mati.

Tempoh lebih seminggu tercetusnya virus tersebut mencatat titik hitam sejarah peradaban manusia moden yang biarpun dikelilingi pelbagai peralatan serba canggih tetapi terpaksa akur dengan ancaman virus 'ganas' haiwan dan terbaru, selsema babi.

Ketika dunia terus bergelut dengan ancamana selesema burung yang belum berkesudahan, kemunculan semula wabak yang pernah menggemparkan Amerika Syarikat pada 1976, dikesan seawal 13April lalu di Mexico, jiran terdekatnya.

Dalam tempoh itu, lebih seribu kes dilaporkan di sekurang-kurangnya 9 negara dengan lebih 100 kematian setakat ini.

Selsema babi atau jenis baru H1N1 menggabungkan genetik babi, manusia dan burung bukan setakat mendatangkan gejala demam dan dijangkiti menerusi sentuhan langsung dengan babi selain tersebar dari manusia kepada manusia, namun boleh menyebabkan maut.

Berbanding haiwan lain, babi diketahui sebagai 'lubuk' pengeraman virus influenza dan boleh dijangkitit lebih daripada satu virus daripafa spesis berbeza. Bahayanya, virus utama membabitkan babi sukar dikenal pasti kerana sistem imun atau daya tahan tubuhnya yang menyebabkan jangkitan serius dan mudah tersebar.

Apa yang membimbangkan, selsema babi bukan sekadar wabak bermusim, tetapi diramalkan pakar sebagai pandemik atau wabak besar-besaran di seluruh dunia.

Buktinya, kematian ramai di Mexico, negara pertama dan disyaki 'pusat' penularan wabak itu dan seterusnya merebak ke negara termasuk yang berstatus negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Britain, Kanada, New Zealand, Israel dan Sepanyol.

Ancamannya itu memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menaikkan aras amaran ke tahap lima. cuma satu aras di belakang tahap teratas amaran pandemik, sekaligus memberi isyarat jelas bahawa selsema babi itu mungkin melarat kepada pendemik.

"Semua aspek kemanusiaan bakal terancam ketika berlaku pandemik," kata Pengarah WHO, Margeret Chan di Geneva.

Kenyataannya berserta langkah sewajarnya yang diambil kerajaan di hampir semua negara dunia bagi mengatasi penularan penyakit, mencetuskan persoalan mungkinkah selsema babi ini bakal melenyapkan manusia.

Apakah benar andaian ini? Apakah ia mampu mencetuskan wabak selsema di seluruh dunia seperti pernah berlaku pada 1918, 1957 dan 1968 yang turut dicetuskan haiwan? Pada 1918 misalnya, pandemik Selsema Sepanyol meragut lebih 50 juta nyawa yang disifatkan terburuk dalam era sejarah moden. Kira-kira 39 tahun kemudian atau 1957, wabak Selsema Asia meragut 4 juta nyawa hasil jangkitan itik liar di selatan China yang menular ke Singapura, Hong Kong dan Amerika pada tahun sama. Sebelas tahun kemudian, wabak Selsema Hong kong meragut lebih sejuta nyawa.

Jika dilihat, pandemik yang berasa dari perkataan Greek 'pan' merujuk semua dan 'demos' atau rakyat, diukur berdasarkan bilangan mereka yang terjejas serta fakta ia boleh menjangkiti mereka yang sihat, selain kumpulan berisiko seperti warga tua.

Andaian kemungkina selsema babi mampu melenyapkan manusia dilontarkan seorang pakar wabak selsema global yang terkenal dari Universiti Minnesota, Amerika, Michael Osterholm.

Kebimbangannya itu disuarakan menerusi kenyataan yang dipetik kebanyakan media utama dunia :"Apa yang sukar sekarang ialah kita mungkin berdepan krisis kesihatan paling buruk atau mungkin sekadar akan berakhir dalam tempoh beberapa minggu akan datang dan tidak muncul-muncul lagi.

"Atau mungkin menjadi permulaan kepada pandemik influenza yang amat dahsyat. Buat masa ini, kita tidak mengetahui kedudukan sebenar. Inilah yang menjadi masalahnya."

Jika dilihat, wabak selsema babi bukannya baru. Ia pernah muncul pada 1976 di New Jersey, Amerika Syarikat apabila 500 askar disahkan menghidapinya. Program pembasmian diarahkan tetapi akhirnya dihentikan selepas vaksin yang diberikan sebaliknya meninggalkan kesan sampingan yang jauh lebih buruk dan membahayakan daripada ancaman selsema babi.

Kini, 33 tahun kemudian, ia muncul lagi dengan profil mangsanya termasuk anak kecil dan warga tua. Kemunculanya itu turut menjadikan sekurang-kurangnya 3 pandemik meletus dalam tempoh seabad lalu dan menular dalam tempoh beberapa bulan ke sebahagian besar dunia.

Tidak hairanlah kemunculan terbaru selsema babi ini disifatkan pakar WHO sebagai tidak boleh dielak dan ketara. Malah menurut WHO, pandemik itu boleh muncul menerusi bebrapa kitaran pada jarak beberapa bulan.

Kemunculan selsema babi turut meletakkannya sebaris ancaman selsema burung, Sindrom Pernafasan Yang Teruk (Sars) dan Ebola. Selsema burung misalnya, biarpun muncul pada 1997 tetapi terus mengancam manusia yang bersentuhan atau terdedah kepada ayam serta unggas dijangkiti virus H5N1. Setakat ini, ia meragut 257 nyawa dengan 421 orang dijangkitit di 14 negara.

Sars pula yang menyebabkan sindrom pernafasan yang boleh membawa maut, mencetuskan panik apabila mula dikesan pada 2002 dan menular ke 37 negara dengan 774 kematian daripada 8 ribu kes. Ia kemudian 'senyap' dan tiada satu pun kes dicatatkan pada 2005.

Ebola pula yang menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran yang serius, dikatakan pakar boleh tersebar menerusi udara tetapi kes jangkitan setakat ini menerusi cecair.

Banyak kerja sebenarnya yang perlu di buat andai selsema babi ini menular kepada wabak besar-besaran, termasuk melaksanakan kuarantin mandatori, pemberian ubat dan sekatan perjalanan keluar masuk menerusi pintu sempadan negara yang sudah pasti mencetuskan panik.

Apa yang pasti setakat ini, selsema babi masih dalam lingkungan menyaingi ancaman Sars, selsema burung dan Ebola. Hanya masa menentukan sama ada ia setanding pandemik Selsema Sepanyol, Selsema Asia dan Hong Kong biarpun ramai yang berharap biarlah ia menjadi ancaman sementara.

Info :Tahap Amaran Pandemik Selsema Babi
  • Tahap 1 - Penularan virus selsema di kalangan haiwan dan tidak menjangkiti manusia.
  • Tahap 2 - Penularan virus selsema di kalangan haiwan dan menjangkiti manusia.
  • Tahap 3 - Tiada penularan atau penularan virus selsema yang terhad antara manusia ke manusia tetapi tidak menyebabkan wabak dalam komuniti.
  • Tahap 4 - Berlaku penularan virus selsema antara manusia kepada manusia serta boleh menyebabkan wabak di kalangan komuniti.
  • Tahap 5 - Berlaku penularan virus selsema antara manusia kepada manusia di sekurang-kurangnya 2 negara dalam satu rantau WHO dan memberi 'isyarat kuat' bahawa pandemik pasti berlaku.
  • Tahap 6 - Fasa pandemik yang menunjukkan wabak menular ke seluruh dunia.

Sejarah Pandemik demam selsema

  • Wabak Peloponnesian - 30,000 maut

Seramai 30 ribu penduduk Athens mati pada 430 Sebelum Masihi ketika peperangan Peloponnesia antara penduduk Athens dengan Sparta. Selain pening, gejala lain seperti ruam kulit, demam, batuk darah, sakit perut, muntah dan dahaga yang teruk hinggakan ada yang terjun ke dalam perigi.

  • Wabak Antonine - 5 juta maut

Wabak sempena nama Maharaja Rom, Marcus Aurelius Antoninus yang mati pada 180 selepas masihi. Wabak ini dibawa ke Rom oleh tentera yang pulang daripada berperang dari Mesopotamia. Ia merebak ke benua kecil Asia Mesir, Greek dan seluruh empayar Rom dan meragut 5 juta nyawa dalam masa 15 tahun

  • Wabak Justinian Plague - kira-kira 25 juta hingga 100 juta kematian

Namanya sempena Maharaja Byzantine, Justinian dan wabak ini dipercayai berasal samada di wilayah Asia Tengah atau Ethopia (Habsyah). Ia menjadi kes pertama wabak bubonik dicatatkan dan berlaku selama 50 tahun yang meragut 25 juta hingga 100 juta nyawa. Perdagangan dunia turut lumpuh.

  • Wabak 'Black Death' - 25 Juta kematian

Ia melanda pada zaman pertengahan Eropah dari akhir 1347 hinggalah awal 1351. Ia dikatakan disebarkan oleh kutu dan tikus. Mangsa lazimnya mati dalam kesakitan dalam masa 5 hari selepas dijangkiti kuman itu.

  • Wabak selsema Sepanyol - lebih 50 juta kematian

Ia berlaku pada 1918 dan menjadi kes terburuk pernah berlaku dalam era sejarah moden dan disebabkan sejenis virus selsema H1N1 dijangkiti kira-kira 40 peratus jumlah penduduk dunia ketika itu. Ia meragut lebih 50 juta kematian, majoritinya golongan muda.

  • Wabak Selsema Asia - 4 juta maut

Berlaku pada 1957, membabitkan itik liar di Guizhou, selatan China dan melalui proses mutasi dengan virus manusia. Menular ke Singapura pada Febuari 1957, Hong kong pada April dan Amerika Syarikat pada Jun tahun sama. Jangkitan paling ramai di kalangan pelajar sekolah, golonagan muda, wanita hamil serta orang tua yang mencatatkan kumpulan paling ramai mati.

  • Wabak Selsema Hong Kong - sejuta maut

Dikesan pada 1968, kes pertama dikesan di Hong Kong yang disebabkan jenis virus dikenali H3N2 yang meragut sejuta nyawa di seluruh dunia. Ia kembali pada 1970 dan 1972. Mangsa berusia 65 tahun ke atas paling ramai mati.

  • Sindrom pernafasan yang teruk (SARS) - 800 kematian

Dikesan di Guangdong, selatan China pada 2002 tetapi m,enjadi tumpuan ramai pada Febuari 2003 selepas kematian seorang ahli perniagaan Amerika Syarikat dalam pesawat pulang dari Shanghai. Virusnya mudah tersebar secara pantas ke Kanada, Amerika dan beberapa negara Asia. Daripadanya 7,096 kes, 774 kematian di laporkan.

  • Selsema Burung

Ada banyak jenis selsema burung. Jenis paling bahaya H5 dan H7 sering menyebabkan kematian unggas dan jenis paling dibimbangkan adalah H5N1. Ia hanya diketahui menyerang unggas sehinggalah kes pertama jangkitan manusia di Hong Kong pada 1997. Data WHO menunjukkan 256 maut di seluruh dunia sejak 2003 dan saintis turut memantau perkembanganya kerana bimbang mutasi berlaku dan boleh dijangkiti berjuta-juta penduduk dunia.

  • Demam Selsema - Meragut 250,000 - 500,000 kematian setiap tahun

Tersebar ke seluruh dunia setiap tahun dan memuncak ketika musim sejuk. Pihak berkuasa kesihatan mengesyorkan pemberian suntikan vaksin, khususnya pada kanak-kanak dan warga tua. Amalan kerap membasuh tangan dan sentiasa sihat, menjadi perlindungan terbaik.

Jujur - Radja

Duhai kekasih pujaan hati ku
Dapatkah kau memberiku satu arti
sedikit rasa yang bisa ku mengerti
bukan sumpah atau janji

Buktikanlah bila kau ada cinta
Setulus hati mu bisa menerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekadar bersama

Jujurlah pada ku
Bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan lah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diri ku lupakan lah aku ooo

Jujurlah pada ku
Bila kau tak lagi cinta
Tinggalkanlah aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diri ku lupakanlah aku
Selamanya......