Translate

Wednesday, April 18, 2012

Tentang Kanser

Tentang Kanser

Berdasarkan kes kajian, dan ia amat penting. Sila baca dengan teliti dan sebarkan.

Walaupun anda mungkin pernah membacanya sebelum ini, sila baca semula terutamanya mengenai senarai bahan makanan yang berasid dan beralkali. Dan lebih baik dibaca seberapa kali mungkin untuk diingati.

Sila baca artikel ini penuh kesabaran kerana ia sangat berguna untuk kesihatan anda.

Lebih 30 tahun lalu, encik Zhang bekerja di bahagian penjualan di kilang bir, belajar di luar Negara dalam bidang pembuatan bir dan lulus dengan jayanya.

Sebelum dia keluar Negara, dia menjalani pemeriksaan fizikal di sebuah hospital kerajaan dan didapati paru-parunya ada ketumbuhan sebesar penumbuk kanak-kanak. Dan disebabkan itu, dia tidak dapat menyambung pengajiannya ke luar negara.

Encik Zhang sangat kecewa dan merasa diagnosis tersebut silap. Dia kemudian ke hospital lain untuk membuat pemeriksaan dan hasilnya tetap sama.

Dengan usia yang masih muda dan sihat Encik Zhang sangat tertekan dengan penyakitnya dan merasa putus asa. Dia kemudian menelefon bekas rakan sekelasnya yang ketika itu bekerja sebagai setiausaha kepada Datuk Bandar di daerah Huangsun iaitu Encik Wei.

Encik Wei bergegas ke Taipei sewaktu hujung minggu hari Ahad untuk berjumpa denganya.

Encik Zhang berbincang dengan Encik Wei mengenai penyakitnya yang membuat dia berputus-asa untuk hidup dan dia mengamanahkan kawannya untuk mengurus pengebumiannya sekiranya dia telah meninggal dunia. Kebetulan Encik Wei mempunyai kawan baik dengan doktor Lu Geling yang pernah menjadi orang atasan di hospital Maijie pada tahun 1945 hingga 1955, dan pakar dalam penyelidikan klinkal mengenai kes kanser.

Dia mencadangkan agar Encik Zhang menemui doctor Lu untuk mendapatkan rawatan. Mulanya Encik Zhang enggan berjumpa dengan doktor tersebut kerana dia tidak mahu merasa kecewa lagi yang akan menambah kesengsaraannya.

Tetapi Encik Wei memberitahunya bahawa dia telah menghubungi Doktor Lu untuk mendapatkan nasihat dan telah mengatur temu janji sebelum berjumpa dengannya. Dengan berat hati Encik Zhang bersetuju untuk menemui Doktor Lu sambil ditemani sahabatnya Encik Wei.

Semasa Dr Lu berjumpa dengan Zhang, dia berkata:”Wei seorang kawan dan dia memperkenalkan awak kepada saya untuk kita saling mengenali. Ini adalah takdir. Terima kasih. Saya nak Tanya awak, adakah awak tahu kenapa kanser dirujuk sebagai penyakit yang membawa maut?”

Encik Zhang dan Wei tidak dapat menjawab soalan itu.

Dr Lu menerangkan “hanya ada dua pendekatan yang boleh diambil manusia untuk merawat kanser sehingga kini. Pertama musnahkan punca penyakit. Dan kedua menambahkan keupayaan untuk melawan penyakit.

Tapi yang peliknya ialah walaupun kita menggunakan cobalt 60 atau jenis ubat yang lain untuk memusnahkan sel kanser, sel-sel yang baik akan musnah dahulu sebelum sel-sel kanser.

Atau kata lain, tidak kira apa jenis nutrient atau supplement yang kita guna, sebelum sel-sel yang baik berpeluang menyerapnya, sel-sel kanser akan menyerapnya dan dengan pantas akan membiakkan lebih banyak sel kanser.

Oleh itu, kedua-dua pendekatan tersebut menemui kegagalan. Dan sebab itulah kanser adalah penyakit maut.

Dr Lu menyambung :”Manusia adalah mahluk yang pintar dan berjaya mendarat di bulan. Tapi kenapa tiada seorang pun dipersoalkan mengenai kedua-dua pendekatan rawatan kanser tersebut yang tidak berkesan dan cuba untuk mencari pendekatan yang ketiga?

Semasa saya menjalankan kajian klinikal di hospital Majie, saya mempunyai banyak peluang bekerja dan dibantu oleh ramai kakitangan hospital. Saya dapati 100% ujian darah pesakit kanser menunjukkan contoh darah mereka adalah bersifat asid.

Para sami Buddha dan biarawati yang memakan sayuran, mereka hidup berkait rapat dengan alam semulajadi. Darah dikalangan mereka adalah bersifat alkali yang lemah dan tidak menghidap kanser.

Disebabkan itu, saya membuat kesimpulan bahawa keadaan yang dibawah sifat alkali yang lemah, sel-sel kanser tidak mampu membesar ataupun hidup.

Encik Zhang, saya cadangkan mulai sekarang awak kurangkan pengambilan makanan daging yang bersifat asid.

Ambil lebih banyak makanan yang bersifat alkali. Sebagai tambahan awak ambil alga hijau dan sup berangan yang dimasak bersama kulitnya.

Ubah bentuk fizikal dan cuba secara serius untuk menjalani cara hidup yang dekat dengan alam semulajadi.

Kalau awak dapat hidup dalam lima tahun ini, awak sepatutnya tidak bermasaalah di masa hadapan. Saya ucapkan semoga awak berjaya’.

Encik Zhang menuruti semua cadangan Dr Lu dan mengubah tabiat pemakanannya.

Setiap hari dia memakan alga hijau, meminum sup berangan dan optimis melakukan senaman yang sesuai dan kemudian dia membuat pemeriksaan semula di hospital kerajaan yang sama. Didapati tidak hanya saiz ketumbuhannya mulai mengecil malah ia menunjukkan tanda-tanda pengecutan dan ini amat memeranjatkan staf hospital yang melakukan pemeriksaan tersebut dan menganggap ia satu keajaiban. Lima tahun kemudian, ketumbuhan tersebut telah mengecut dan hampir hilang.

Setelah berusia hampir 40 tahun, kesihatan Zhang kembali normal dan hidup dengan senang.

Menurut Zhang, Chen Tianshou yang pernah menjadi ketua pentadbiran di hospital wilayah Taidong juga didapati mengidap kanser paru-paru. Setelah mendengar perkhabaran tersebut, dia menceritakan pengalamannya dan Chen pun mula menuruti arahan Dr Lu untuk mengubah bentuk fizikalnya serta pemakanannya. Hasilnya, dia juga telah sembuh sepenuhnya seperti Zhang.

Pada masa itu, Dr Lu dan keluarga telah berhijrah ke USA. Setelah dua kes tersebut, dia telah kembali ke Taiwan dan menemui Wei.

Wei memberitahu Dr Lu mengenai pengalaman Zhang dan Chen lalu mencadangkan agar Dr Lu menyebarkan kepada umum mengenai dua kes tersebut sebagaimana dia telah memberi panduan mengenai cara-cara yang betul untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Bagaimana pun, Dr Lu membalas dengan rendah diri :”saya sudah terlalu tua, lagipun saya tiada rekod secara klinikal mengenai hasil tersebut. Saya rasa lebih baik awak sampaikan kepada sahabat dan saudara-mara awak sekiranya mereka setuju teruskanlah untuk terus menyebarkannya pada setiap orang iaitu…

Seseorang yang menjaga dirinya sepatutnya mengambil berat akan orang lain. 85% pesakit kanser, di dalam tubuh mereka adalah asid

Darah bagi orang yang sihat pula ialah bersifat alkali lemah iaitu lebih kurang pH 7.35 hingga 7.45

Darah bayi pulak bersifat asid lemah. Dan sebagai orang dewasa tentunya darah mereka akan bertambah menjadi lebih bersifat asid.

Menurut kajian dalam 600 pesakit kanser, cecair tubuh mereka 85% bersifat asid. Untuk itu, bagaimana untuk mengekalkan asid lemah secara semulajadi di dalam tubuh kita ialah langkah pertama untuk menjauhkan sebarang penyakit.

Keadaan fizikal bersifat asid yang nyata ialah:

1. kulit yang tidak berkilau

2. tapak kaki atlet

3. cepat letih biarpun hanya melakukan senaman yg sangat ringan dan rasa mengantuk ketika menaiki bas awam.

4. Mudah lelah ketika menaiki dan menuruni tangga

5. Gemuk dan berperut buncit

6. Pergerakan lambat dan lesu

Mengapa tubuh badan menjadi berasid?

1. Pengambilan makanan berasaskan tenusu secara berlebihan

a) Daging, produk tenusu, telur, daging lembu, ham dan sebagainya adalah makanan bersifat asid.

b) Mengambil makanan bersifat asid yang banyak akan menyebabkan darah menjadi asid dan likat, pengaliran darah akan menjadi susah menyebabkan tapak kaki sejuk, sakit bahu dan susah untuk tidur malam.

c) Semasa muda dan kuat, pengambilan daging yang banyak adalah bersesuain tetapi apabila semakin tua diet pemakanan yang lebih sesuai adalah lebih kepada sayur-sayuran.

2. Kadar Ketidak-aturan dalam hidup akan menyebabkan tubuh badan menjadi asid.

a) Kadar yang tidak teratur dalam hidup menyebabkan tekanan mental dan fizikal

b) Mengikut statistik, orang yang tidur lambat berpeluang tinggi untuk mendapat kanser berbanding orang yang normal sebanyak 5 kali.

c) Manusia asalnya menjalani kehidupan mengikut putaran dunia, perlu tidur untuk merehatkan badan atau makanan untuk hidup dan juga mengubah cara hidup mencampuri kehidupan siang hari dan malam hari.

d) Organ manusia dikawal secara autonomi oleh saraf, semasa siang hari aktiviti saraf adalah secara sedar dan sebelah malam pula fungsi saraf berlansung secara para sedar. Sekiranya perjalanan itu terganggu secara berterusan, hasilnya akan menjadi penyakit.

3. Emosi yang tegang

a) Kehidupan masyarakat yang banyak memberi tekanan

b) Pekerjaan yang berkaitan atau member tekanan kepada mental

c) Orang yang menderita tekanan mental, sekiranya tekanan tersebut hilang dan orang tersebut merasa fikiran yang lapang, kadang-kadang akan menyebabkan kematian. Sindrom ini dirujuk sebagai sindrom fungsi korteks adrenal yang tidak sempurna.

4. Tekanan fizikal

a) Sebelum sebarang pembedahan dilakukan, pemeriksaan harus dilakukan bagi memastikan korteks adrenal berfungsi seperti biasa. Sekiranya korteks adrenal bocor atau sekiranya ada tekanan yang disebabkan pembedahan yang kerap melebihi keupayaan korteks adrenal, ia akan menyebabkan kematian atau impak lain yang tidak diingini.

b) Sekiranya wajah pesakit pucat, adalah perlu untuk mengetahui sejarah perubatan pesakit dan status perubatan bagi pesakit yang mengambil hormon korteks adrenal. Jagaan rapi adalah perlu sekiranya melakukan akupuntur.

c) Tekanan disebabkan pekerjaan berat atau melakukan senaman yang berlebihan, memain daun terup sepanjang malam, memandu atau sebagainya harus dielakkan sekerap yang mungkin.

Lampiran: bahan makanan yang mengandungi asid / alkali

1. Makanan yang tinggi keasidan: kuning telur, kek yang diperbuat dari gula putih atau persimmon, telur ikan mullet, ikan Kod kering

2. Makanan keasidan sederhana: ham, bacon, daging ayam, sotong, daging babi, belut, daging lembu, roti, gandum, mentega, daging kuda dan sebagainya

3. Makanan keasidan rendah: beras putih, kacang tanah, minyak tauhu goreng, rumpai laut(sea weed), kerang-kerangan

4. Makanan beralkali rendah: kacang merah, lobak putih, kubis, tauhu dan lain2.

5. Makanan beralkali sederhana: lobak putih kering, kacang soya, lobak merah, tomato, pisang, buah oren, labu, strawberi, putih telur, plum kering, lemon, bayam dan sebagainya.

6. Makanan beralkali tinggi: anggur, daun the, wine anggur, rumpai laut yg bercambah (kelp sprout) dan sebagainya. Terutama alga hijau semulajadi yang kaya dengan kandungan klorofil adalah makanan kesihatan beralkali yang sangat baik untuk kesihatan. Teh tidak boleh diminum secara berlebihan, dan masa yang terbaik diminum adalah diwaktu pagi.




No comments:

Post a Comment